Friday 26 December 2014

Journey To Heal : Hospital Seremban






Assalammualaikum and hello readers ! 


Hari ni saya nak ajar awok semua masak basil pesto pasta recipe ! *joget*













TAK. 
AKU TAK NAK AJAR. 
AKU NAK POST GAMBAR JE . 
BYE




Dah tak payah emo k. Sedihnya tak dapat makan. haih. Sedapnya udang. Kalau nak sihat cepat, kenalah jaga makan. fuh. 



Okay aku nak sambung cerita ni.




Early September


First week class aku takde dekat UIA. Pergi Hospital Seremban seminggu ulang alik hospital. Buat blood test, sputum test, mantoux test. Alhamdulillah, negative TB. Next week, pula buat CT SCAN.

Basically, sputum test tu untuk test kahak batuk kita. Dan2 je masa nak bagi kahak dia tak nak keluar pulak. Mengada betul. Aku selalu gila terkena macam tu. Dekat rumah sakit, sampai hospital tiba2 dah sihat walafiat. hahaha. Nak jumpa doktor pun segan kalau tiap kali macam tu. 


"The Mantoux test or Mendel-Mantoux test (also known as the Mantoux screening testtuberculin sensitivity testPirquet test, orPPD test for purified protein derivative) is a screening tool for tuberculosis (TB)."


Ha, macam ni lah mantoux test haritu aku buat. Nanti kulit kita menggelembung sikit. Cucuk pastu tunggu 3 hari kalau tak silap aku. Ala lupalah. Pastu datang untuk ukur lebar dia. Aku punya hari tu 9mm. Sputum test , negatif. Yang pasti sebulan lebih juga nak hilang kesan mantoux test dekat tangan ni. 



19 September 2014

Apa itu CT SCAN? (Aku rasa macam tengah mengajar dalam blog ni. kahkahkah)


"Kau tahu ke ? .."


Untuk noob sekali (termasuk aku), CT scan tu dia macam terowong kau baring kunyah sirih like a boss pastu minta doktor urut badan kau sekali cakap nak thai massage yang tabur minyak mustajab nora danish tu....


"Kap kun kappp, abe nak yg mana satu kap, yg panas kap yg sejuk kap,nora boleh urut kap.
siakap senohong gelama ikan duri,
kapppp kappp kapppp ."
- kata nora dengan mengerbangkan rambutnya pakai kipas sate. 



*Semua angguk-amgguk noob macam aku* 



WOI TAK LAH ! KAU INGAT NORA DANISH ADA MASA KE NAK LAYAN KARENAH  KAU DALAM CT SCAN TU. HAHAHA



K serius please semua. *libas rotan*


"Computerized tomography (CT scan) — also called CT — combines a series of X-ray views taken from many different angles and computer processing to create cross-sectional images of the bones and soft tissues inside your body."

Korang boleh baca sini kalau nak tahu lebih lanjut ---> http://www2.hmetro.com.my/articles/CTscanbantukesanpenyakit/Article/

Pinjam gambar bang!

Setakat ni aku dah 4 kali aku masuk dalam terowong berhantu ni. Kalau buat CT SCAN, kena puasa. Contohnya, esok kau nak buat ct scan, malam kau dah kena puasa. At least puasa 7 jam ke atas. Kang kalau kau bantai nasi lemak pagi tu, bila scan nampak telur goreng kau makan pagi tadi. Kang dia ingat sel kanser. Tak pepasal je kang. Jangan buat perangai ye. hehe. 


Firstly, nurse aku cucuk jarum dekat tangan. Sebab masa dekat dalam tu nanti orang tu akan masukkan ubat. Pastu ada jugak patient yang dia suruh minum air apa tah. Tapi hari tu aku dapat perisa mango. Boleh pulak doctor cakap "Kot awak nak request sirap pun boleh" Kalau macam tu baik aku minta milo tabur susu lebih. Amboi!


Nanti dia suruh kau baring. Sama position dia dalam gambar tu. 

"Tarik nafas..." 

"Tahan nafas..." 

"Lepas...Nafas biasa" 

Kau tengok betapa banyak kali masuk sampai dah hafal skrip dia dah. Kejap je ct scan ni. Lebih kurang 10-15 minit. haha. Nanti dia masukkan ubat dekat jarum yang dia cucuk tu. Pastu kau akan rasa ada something panas lalu masuk tekak, pastu lalu perut, pastu sampai ke kemaluan. Rasa nak terkencing pun ada dalam tu. Bukan panas menggelegak tu, rasa macam ala panas sikit je, suam2 kuku. Biasanya kau kena tukar baju hospital. Kalau perempuan tanggal bra je. Sebab dia tak nak ada besi2 tu. Tak payah buka tudung (weh aku bagitahu sebab aku rasa noob kalau tak bagitahu orang yang noob macam aku. Biar noob sekarang jgn noob nanti. ecehhhhh) 



Hambek kau. Muka hantu kak limah muslimah. Mak aku lah ni ambil gambar.
Lighting dia over. hiihihihi 

Lepas CT SCAN kau makanlah apa kau nak makan dan boleh balik. 

Masa ni aku masih ke kelas seperti biasa.  Semput turun naik tangga akibat batuk. Sempat lagi pergi audition teater dapat jadi musical crew. lol. 




9 October 2014

Debaran. 
Masa nak ambil result CT SCAN aku happy kemain. Sebab aku yakin takde pape. Masa ni ayah yang teman. Dr. Cheng Yong Fatt bagitahu yang aku suspect lymphoma. Aku blur sebab tak tahu apa benda tu. Bila dia kata one of the blood cancer, aku tergamam. Tangan aku menggigil air mata aku dah mengalir ngalir. Ayah usap belakang aku. Lagi aku banjir dekat situ. Lepastu, Doctor explained apa langkah seterusnya. Aku kena buat CT GUIDED BIOPSY. Case aku reffered ke Hospital Serdang pula. Sebab Hospital seremban tak de pakar katanya. Lagipun risiko tinggi nak buat, sebab ketumbuhan tu dekat area peparu and jantung. 


Aku masih ke kelas seperti biasa. Tapi, sebab kondisi aku cepat letih. Demam dan batuk. Aku terpaksa ambil study leave satu semester. Sempatlah merasa sebulan belajar. Lagipun kalau aku teruskan tak boleh jugak sebab aku ambil 18 credit hours. Sesak woi. Dah lah setiap subject ada individual and group assignment. Fuh....

Good bye my lovely mahallah hafsah and annoying roommates Fana & Mai <3






To be continued..








Journey To Heal : Batuk

Assalammualaikum and hi :)
Before i start, thank to Allah. Alhamdulillah,  whatever happened Allah knows best. Dia yang maha mengetahui segalanya.


Early August.

Ketika itu aku masih Uia lagi. (Buat pengetahuan semua, saya pelajar ijazah jurusan Sains Kemanusiaan di UIA Gombak).Waktu itu aku mengikuti semester pendek subjek Bahasa Melayu. Konon nak cepat habis belajarlah. Masa itu aku dah mula batuk yang sangat teruk. Cuaca ketika itu juga panas dan kering. Kawan-kawan aku pun ada yang batuk dan demam. Dalam kelas lecturer siap tegur. Malu gila sebab kelas senyap, aku je bising. But, Alhamdulillah, nasib baik masa individual presentation batuk tak buat hal. Aku punyalah berzikir sepanjang tunggu giliran sebab takut terbatuk-batuk. Aku dah bergenang air mata dah dalam kelas tahan tiap kali batuk. Azab gila perasaan batuk sebab kau kena lepaskan kalau tahan sakit dada, plus rasa nak terkencing everytime you cough.  Alhamdulillah, Allah permudahkan perbentangan aku waktu tu.

Sebelum ini aku dah pernah pergi klinik luar dalam 3 kali. Doktor bagi ubat batuk and atibiotik. Kali ke-3 pergi baru doktor suruh pergi buat x-ray sebab masa tu tengah kecoh pasal penyakit TB. Aku yang belajar dekat uia dikelilingi dengan foreigner, lagi mak aku risau. Masa itu hari sabtu malam. Esok aku nak balik UIA daftar semester baru. Nasib baik dekat UIA boleh buat x-ray free! Esok tu juga aku pergi. 



8 September 2014


Aku jumpa Doktor Site nor (siapa nak buat rawatan request nak jumpa dia. Baik gila) Doktor site suruh buat urgent x-ray, memandangkan aku malas nak tunggu berjam-jam dekat klinik UIA yang tak putus-putus students datang minta MC. Masing-masing kes nak ponteng kelas tapi versi 'halal way' haha. 

Lepas buat x-ray, doktor suruh ambil neb. Dalam hati aku, benda alah apa Neb ni.

"Neb tu apa doktor?....."


Neb : Nebulizer
  1. "In medicine, a nebulizer (or nebuliser) is a drug delivery device used to administer medication in the form of a mist inhaled into the lungs. Nebulizers are commonly used for the treatment of cystic fibrosis, asthma, COPD and other respiratory diseases." - wikipedia


Pinjam gambar dik !

Ha begitulah cara neb ye untuk para noob sekalian termasuk aku -.- Doktor suruh ambil neb sebab masa aku datang klinik UIA tu, i look terrible! Macam orang nak mati sesak nafas. Sebab dari kelas nak klinik agak jauh. And it takes 90% of my oxygen dalam badan. Cewah semput mak jemah kau!


Susah gila nak dapat shot ni. Nurse dok kehulu kehilir.hehe 



Selepas dah selesai buat xray dan neb terus jumpa doctor balik. Then, dia tengoklah xray...

Doctor said : "Ala, tak cantiklah xray awak..." 

Masa ini aku blur gila. I thought sebab gambar tak clear ke apa. Sekali rupa-rupanya dekat x-ray tunjuk dekat area peparu ada something. Selepas itu, doktor suruh balik buat rawatan dekat hospital Seremban. Malam tu jugak Ayah bawa balik pergi hospital. Sampai pukul 12 malam menunggu giliran. Aku baru sedar ramai orang malaysia ni sakit rupanya.




Moga Allah lindungi semua orang dari penyakit yang merbahaya .. Ameen .


To be continued .