Journey To Heal : PPUM & Chemotheraphy

Last aku update blog Januari yang lalu. Sekarang dah bulan 7. Hanis zalikha dah kawin, erin malek pulak dah masuk berapa bulan dah pregnant, Kak tiara fazlin masih mencari-cari bakal suami. ceh tibah sangat masuk nama kak tiagha. Kalau dia baca habis dia baling aku dengan mango cheesecake dia.hehe And sorry Farhana aku tahu kau baca blog aku baru sekarang aku sempat nak update blog selepas sedar yang masa itu emas. lol

Assalammualaikum and hi semua! 

Okay, Aku pun tak tahu nak start dari mana. Sebab dah macam-macam jadi sepanjang tujuh bulan blog ni sunyi. Kalau ada yang follow perkembangan aku, aku banyak update dekat facebook, lebih kerap di twitter. Aku dari gemuk ke kurus ke gemuk balik eh kurus balik eh gemuk sikit . Ha begitulah hidup aku sepanjang tujuh bulan. Dan satu lagi, lupa nak bagitahu

Im officially have cancer!

gitu, macam pengumuman aku dah kawin dan akhirnya bahagia hingga ke syurga -.-
Aku rasa cerita pasal kanser ni dah agak basi nak cerita sebab aku selalu kongsi dekat facebook. Tapi, takpelah dengan rela tak berapa nak rela sangat ni  aku ceritakan juga. 

Dapat tahu ada kanser, last year bulan 12. Start chemo pun last year kalau tak silap. Ke awal tahun tah. Alhamdulillah, stage 1. Aku baru buat 4 cycles of ABVD, tak sempat nak habis dah kena tukar chemo lain. Katanya cancer is getting bigger so tukar pada chemo ICE. 

Cerita pasal chemo ice ni, masa buat ABVD dulu, boleh balik hari. Chemo start pukul 10 pagi, pukul 4 petang dah boleh balik. duduk lah kau atas kerusi sampai terbakar punggung dengan bilik sejuk macam dalam peti ais dah aku rasa.Lain pula dengan chemo ice kena warded sebab ubat dia lama sampai 24 jam. Memang terbaring je aku atas katil. Bangun pun untuk solat dan makan je. lepastu tidur. Dalam 3-4 hari dah boleh balik. wehu!

Apa Perbezaan Chemo Ice dan ABVD? 

Sebelum aku nak cerita, aku nak ingatkan badan orang lain-lain. Mesti rasa pun lain. Aku prefer ICE berbanding ABVD. sebab ICE baring atas katil ABVD kena duduk atas kerusi. hahahaha. Ceh takdelah. Sebab ICE aku tak banyak muntah sangat macam ABVD. Tapi yang teruknya ICE, doktor cakap ada kemungkinan ganggu sistem peranakkan, buah pinggang rosak, dan organ2 lain. Masa aku dapat tahu, tersedu-sedu aku menangis. Dr. Gilbert dah gelabah dah. haha. Mana taknya, aku nak kawin nak lahirkan zuriat cerdik pandai. lol. Tapi doctor sekadar predict je. Yang lebih berkuasa, ALLAH. He knows better. Apa yang aku  perlu buat perbanyakkan doa dan solat moga dihindarkan dari segala penyakit di masa akan datang. 

Kejap, aku hiburkan korang semua dengan gambar sepanjang aku chemo hihi


Dr. Gilbert <3

Antara doa yang aku amalkan

My loyal bibik lulz

hospital's food. Mestilah rasa dia ' Bersyukurlah dari takde' haha 






Thank u Ibu link for the healthy foods !!! hahaha. No it's not for me. -.-



my naked face selfie yaaw !

Pqunk give it to me. <3


My sister, 


tak sempat nak melawa after keluar ward. haha. Meet my new friend ! 



sakai do my sister. She takes my picture during my chemo session. Loser je muka minum air hahahaha. 

Finally im home. Eating my fav choc. hihi

Okay tu je. Next post pasal siapa yang datang visit sepanjang aku sakit. Hehe. Mestilah kena buat appreciation post kan ? 




Stay healthy guys ! Salam :)

















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kekwa Ke Port Dickson : Lexis Hibiscus & Muzium Tentera Darat

Journey To heal : 7 perkara yang perlu buat bila dapat tahu ada KANSER.

Makeup review : Maybelline Lipstick (Mampu milik lol)