Bismillah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum & hi.

Akhirnya, setelah sekian lama menyepi aku kembali menulis. Most of you probably don't know this but I started my blog at the very end of  2011. Cuma kejap rajin update, kejap hilang 10 bulan tanpa khabar berita tiba-tiba update dah sampai cameron highland.haha. There are many amazing memories that stay forever in draft. 431 post biarlah bersemadi dalam ruang draf. Aku nak mula yang baru. :)

Sebelum ini, aku pernah post pengalaman hidup aku sebagai pesakit kanser. Tapi, aku dah padam atas sebab ketidakstabilan emosi di waktu itu. Haha. Aku cuba nak mula balik menulis seperti dulu. Masa aku rajin menulis 10 perenggan tanpa henti. Tanpa kenal erti penat, ketika idea laju mencurah-curah. Cuma aku perlu 'polish' balik skill lama yang dah berkarat ini. 

Sejak asyik keluar masuk hospital hampir 2 kali dalam sebulan, aku dah jarang ber-blogging. Apatah lagi jenguk blog-blog favourite aku. Dan aku juga ada banyak kisah dan pengajaran yang nak dikongsikan bersama cuma waktu yang tak mengizinkan aku untuk menaip. Cara penulisan juga aku cuba untuk lebih formal dan santai. Sebab sebelum ini post aku lebih pada santai dan jenaka. Kali ini, aku terapkan unsur serius sedikit. Walau apa pun, aku harap apa yang aku cuba kongsi dan sampaikan dapat difahami oleh semua peringkat umur. Memandangkan umur aku 21 tahun, pening juga nak cari bahasa yang lebih mudah supaya tidak menyinggung hati mana-mana belah pihak. 

Aku menggunakan hashtag #JourneyToHeal sebelum ini. Until now, im still using it.

Sejujurnya, aku masih tak pasti keputusan aku untuk terus ber-blogging betul atau tak. Aku serah pada yang maha Esa. Aku harap perkongsian aku dapat memberi manfaaat pada semua. Oklah, aku dengar adik aku jerit mak aku menangis layan drama tv3. Aku nak pergi tengok. Bye semua! 






Comments

Popular posts from this blog

Journey To heal : 7 perkara yang perlu buat bila dapat tahu ada KANSER.

Kekwa Ke Port Dickson : Lexis Hibiscus & Muzium Tentera Darat

Makeup review : Maybelline Lipstick (Mampu milik lol)