Posts

Showing posts from February, 2016

Journey To heal : 7 perkara yang perlu buat bila dapat tahu ada KANSER.

Image
1. Menangis sepuasnya! 





Sebab lepas ni dah kena kuat untuk fikir apa langkah seterusnya. Kena fikir jenis rawatan apa yang diperlukan. Jenis pemakanan apa yang sesuai untuk pesakit kanser dan lain2. 





2. Bagitahu keluarga dan kenalan rapat. 






Sebaiknya bagitahu sesiapa yang kita rasa selesa bersama. Bukannya kita nak seksa jiwa dan emosi keluarga dan sahabat kita, tapi nak sama-sama beringat yang semua ni ketentuan illahi.(Jangan jadi macam Siti dalam drama Cinta Ibadah. Ada ke cari muka serupa dia untuk ganti tempat dia kejap masa dia tengah cari cure untuk cancer -.-. Tak logik betul!)
 Masa aku dapat tahu ada kanser, aku peluk mak aku sekuatnya. Sebab aku tahu mak adalah permulaan untuk susah senang aku sepanjang berubat. (While, ayah kerja, adik beradik pula masih belajar)





3. Kena sedar diri yang Tuhan dah bagi hint yang bila-bila dia boleh tarik nyawa kita. 

Kita patut bersyukur dengan apa yang Tuhan beri dan uji. Sebab orang lain tak tahu pun bila dia akan 'pergi'. Tapi, kita pe…